-->

Can't find what you're looking for? Try Google Search.
Google
 

Tuesday, April 28, 2009

Bukan Cinta Biasa - Siri 1



Bersawang dah blog ni..;-). Kasihan kamu orang, minta saya kemaskini cepat-cepat, blog ni. Sebenarnya, saya dalam keadaan kurang memuaskan. Cuaca di Kuala Lumpur amat panas. Bagaimana ya, orang KL hidup? Serasanya di Johor Bahru ini lebih sejuk dari Kuala Lumpur, sebenarnya saya ingin mengatakan, keadaan "hometown saya ni lebih nyaman dan tenteram... ;-)!

What...!! Apa yang kau merepek ni rita...???? Mari saya ceritakan apa yang berlaku.

Terasa sedih hati ini...cewah...., bilamana tak ramai orang tahu saya datang. Jauh pula tu. Tersesat lagi...ih...ih...ih... Apapun, hari Khamis lepas saya bertolak ke Kuala Lumpur, seperti biasa menggunakan pesawat MAS Mh bla...bla....(malas nak drive) wargh.....sampai kat KLIA tiada yang jemput....(bukan apa ni misi rahsia, kawan-kawan taktahu ni...sendiri cari penyakitlah ni...heheheh)

Tiket pergi dan balik sudah pun dibeli....semangat untuk menghadirkan diri dalam perjumpaan reunion sahabat sekuliah, memang ditunggu-tunggu...maklumlah....dengan harapan,majlis kali ini akan mengubah persepsi saya mengenai sesetengah orang, lagipun inilah teman-teman lama tempat saya berdiskusi, mentelaah pelajaran,bertukar pendapat, berbual, berkenalan dan sebagainya. Semangat mesti tinggi bukan?

Saya menginap di , Cititel, Midvalley......Tiada kenalan kat hotel ni, ini yang leceh....maka terpaksalah melabur sejumlah wang gaji bulan lepas kat hotel ni...bukan apa ini sahaja hotel yang agak strategik dengan shopping mallnya hehehehheh...

Malamnya,saya ambik teksi, untuk ke Bukit Bintang..., saya berjalan-jalan, seorang diri menyusur kaki lima Bukit Bintang. Orang memang ramai, tetapi, dari Timur Tengah paling ramai. Sampaikan penanda jalan menggunakan bahasa Arab, ada kafe siber menggunakan bahasa Arab, dan kedai yang menjual hidangan timur tengah..sahlah Bukit Bintang, ni syurga untuk PAk Arab dan Mak Arab sekeluarga.....

Disini, banyak ragam manusia yang dapat ditonton. Dari yang selekeh-seselekehnya, sehingga yang kemas-sekemasnya. Lagi satu, menjelang tengah malam, saya lihat ramai perempuan berhalkum di kawasan ini. Bagi kamu mungkin biasa. Tetapi, bagi saya, kalau boleh berjalan terang-terangan tanpa segan silu, ia amat menakutkan! Abih tu buatpalah kau berjalan sorang-sorang kat situ Rita....???? hheheheh gatal kaki ni....

Letihlah pulak, teringin nak call kawan, pi makan-makan...tapi sabar....takyah nak kecoh-kecoh...esok perjumpaaan baru lah suprise....!!!

Pelita Nasi Kandar.....

REUNION Tak rasmi...hehehh

Lokasi tempat perjumpaan pun masih samar-samar...ni kira hentam jer ni ikut kaki...heheheh...

Jadi saya pagi-pagi lagi dah ambil LRT untuk ke KLCC.....Diberitahu,oleh akak dalam LRT tadi tu, bahawa, saya perlu meneruskan perjalanan, apabila keluar dari Stesen LRT KLCC. ...

Ya, saya harus berjalan terus, tanpa menoleh kiri dan kanan. Dikatanya lagi, kamu akan nampak binaan bangunan yang sedang dalam "pembuatan". Ya saya nampak...... dan saya harus teruskan jua perjalanan ini. namun, saya berjalan ke Jalan P Ramlee. Melilau mencari Bangunan Getah Malaysia, gagal dijumpai. Hampir sejam berjalan-jalan, berpusing mencari restoran tersebut.

KLCC sudah ditawaf dua kali. Lutut, betis, dan peha terasa begitu sengal. Amat sengal....Serasa tak mampu berjalan lagi....nilah akibat malas hendak bertanya....

Pikir punya pikir, saya terpaksa menelefon Julia...

"Hello ..Julia.... Rita ni..."

"Hai Rita...alahai rugi kau tak datang KL ni...ramai yang hadir..."

"Alahai aku dah memang rugi ni...rugi tenaga...kak oiiii...aku sesat ni..."

"Sesat...?? Kau kat mana ni Rita...???"

"aku kat KLCC ni dah berpusing-pusing banyak kali, masih tak jumpa..."

"Wahhh...!!! Kau kat Kl...heheehe"

"Syuuuu...jangan bising....aku nak bagi suprise...tapi rupanya aku yang kena suprise...hahahha"

"Okey....takpa kau tunggu situ nanti aku suruh orang jemput...."

Pendek cerita......telah lima belas minit aku dok melilau kat pancuran air KLCC....tiba-tiba terdengar suara memberi salam....!!! yang macam serasi jer bunyinya...adakah...?? mungkin tidak...?? Ahhhh, lalu aku menoleh kearah suara tersebut sambil menjawab salam....

Haahh...fendi...!!!! jangkaan ku benar...jejaka yang berdiri dihadapan ku ini...ialah...bekas teman lelaki ku....emmmm memang bukan cinta biasa....!!!

Ergghhh.. jaga kau Julia.....bisik hati kecil ku.....

Bersambunglah pulak.......;-)

Read More...