Semalaman saya tak tidur untuk menyiapkan "assignment", yang sudah lama tak disiapkan. Sudah hampir seminggu saya bertungkus-lumus menyediakan bahannya akhirnya saya mampu untuk tersenyum lebar, hati saya puas walaupun hanya sempat tidur hanya satu jam sahaja.
Pagi-pagi lagi saya dah bergerak ke Pejabat, untuk membentangkan "assigment" tersebut...Saya rasa macam mimpi dan terawang-awang semasa drive tadi, maklumlah tak cukup tidur.Sampai kena hon...dek jejaka kacak ber BMW Isport...nak mengurat kot...( padahal.. lampu dah hijau pun masih tak jalan lagi...i'm sorry...hehehe)
Sampai office tepat jam 9.00, dah bermula meeting, dan nampaknya saya berjaya membuat pembentangan "assigment" tersebut dengan bergayanya....cehhh....
.... Dah boss dok senyum-senyum lepas meeting..kira okey lah tu...lagi okey bila saya minta "excuse", Nak rehat dia bagi "green light"....haa apa lagi start kereta terus ke Grand BlueWave Hotel, ambik bilik and tidor time.....sekarang dah pukul 11.00...okey lah.. saya nak tidor dulu...bye... ;-)
pesstt..takleh pi Hyatt , kang tak pasal-pasal tak jadi tidor....abih tu ramai sangat kenal., kang dituduh tidur, masa kerjer..(memang pun, tapi legal tau...)....kat eden garden pun takleh kang tak pasal-pasal pi shoppinglah pulak... ;-)